Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,
PERUBAHAN, mugkin
sesetengah manusia tidak suka dengan perkataan ini, tetapi jika perubahan ke
arah yang lebih baik siapa yang tidak suka kan. Alhmdulillah terjentik hati ini
ingin berkongsi serba sedikit kisah pahit manis perjalanan seorang mahasiswa
aka “budak baru nak naik” yang banyak kekurangan dari segi fizikal, mental,
emosi, rohani dan banyak lagi lah. Allah jentikkan hati ini bila terpandang
perkongsian seorang sahabat yang hebat dilaman sosial mengenai cara
berdakwah. Boleh juga melalui blog, tak
salah kan jika ingin mencuba. Namun, tugas menyampaikan dakwah adalah wajib
untuk sekalian manusia. Cuma cara setiap orang mungkin berbeza. Semoga setiap
perkongsian dalam kisah ini dapat memberi pengajaran dan ibrah untuk kita
amalkan. InshaAllah. ^_^
23 Januari 2014
bersamaan 21 Rabiulawal 1435H bermaksud sudah seminggu meninggalkan Teratak
Coklat, umur pula sudah menjangkau 19Tahun 4bulan 8hari. Lama sudah hidup
didunia, tapi apa yang dah kita buat didunia untuk menggapai syurga Allah,
adakah dah cukup untuk menghadapNYA? Ayuh teruskan usaha dakwah agar kita sama2
berpimpin tangan menuju syurga hakiki indah abadi. Smiley untuk para pembaca. :)
Teratak Coklat
itulah nama yang diperkenalkan untuk Surau Kolej Mawar, dimana tempat ini yang
dapat mentarbiyah jiwa, akal, minda, hati, pemikiran, emosi, dan seluruh
anggota tubuh. Tak dapat dijangkau rasa andai berada ditempat ini,
sungguh tenang, nyaman. Rindu, itulah yang dirasai hari demi hari. Seminggu
meninggalkan Teratak Coklat. Yes, sedang cuti sem, duduk bersenang lenang
dirumah tanpa fikirkan apa2 tugasan untuk disiapkan, teringat kembali saat
pertama kali berada di teratak coklat.
Hari Last MDS,
“adik2 semoga kita jumpa lagi disurau kolej mawar nanti,inshaAllah”, kata kak
nik yang ingin mengakhiri sesi MDS bagi sesi kami tidak jauh dari pandangan
mata ini. Kami semua bergegas pulang ke
bilik masing2 bagi mengqada’ tidur yang diganggu di hari2 MDS kami. Peace!
Keesokan harinya, kami sangat lah janggal nak meneruskan kehidupan selepas mata
dicelikkan, ye lah selalu ada yang bising pagi2 suruh bangun,beratur, hari ni,
semua kena buat sendiri, hari pertama tanpa suara fasilitator yang menjaga
kami. Sedih jugak rasanya. Selepas solat subuh mandi bagai, seorang rakan
sebilik bertanya “ nak pergi surau tak malam ni?”, Tanya ira. “Em, boleh jugak,
tak ada buat apa2 lagi nie”, jawab aku.
Seorang lagi rakan sebilik menyelit dalam perbicaraan kami, “nak ikot
jugak boleh?”,Tanya hada. “Eh, boleh je, jom jom”, aku pun jawab lah. Maka
bermula hari2 berada diteratak coklat. Sangat awesome, sangat best, sangat
tenang. Itu lah kata2 yang dapat digambarkan oleh diri yang merasai detik2
beradanya dirumah Allah. Perkongsian yang paling aku tertarik ketika berada
disana “adakah kita akan melepasi lagi
tapisan Allah untuk hari2 seterusnya?”. Persoalan yang sentiasa terpahat dalam
hati ingin turun ke rumah Allah untuk
mentarbiyah diri, untuk memberi makanan hati, untuk meneroka ilmu Allah yang
luas.
Pagi yang pahit dan
malam yang manis, perasaan mungkin untuk semester pertama menjadi
mahasiswa. Nak gelak pun ada bila orang sekeliling menganggap diri kita
mahasiswa, pelajar universiti. Kelakar kan, nak tak nak title tu kena pegang
jugak, untuk meneruskan semester pertama berada jauh dari jagaan family
terutamanya. Yes, pagi pergi kelas,
petang balik, malam study lagi. Kalau fikir kan, masa kita yang banyak tu kat
kelas kan, untuk study kan, then, apa salahnya kalau waktu maghrib kita
kosongkan masa kita hanya untuk makanan hati, mentarbiyah jiwa. Pagi dah banyak
dosa kita buat, dengan mata, telinga tak terjaga. SENTAP. Itu yang gua rasa la bila para senior
cakap macam tu, sedih, sebab kadang2 diri teruji dengan detik hati yang
mengatakan “buat apa pergi surau tu, kau banyak lagi kerja tak siap weyh”.
Disitu la Allah nak uji, disitulah tapisan Allah. Mungkin tak kuat andai
berseorangan, namun sahabat disekeliling yang banyak bagi kekuatan yang
datangnya dari Allah Taala. Banyak perkongsian di surau dari sahabat2 tentang
sirah, fiqh wanita, kehidupan harian, dan yang paling2 best kisah Rasulullah
S.A.W dan para sahabat.
Kelas, tak semua
orang rasa pergi kelas perkara yang best, dan tu lah aku rasa. Tak Best.
Kenapa? Entah bukan dunia aku nak study je. Haha. Kos yang aku ambik, Kimia
Gunaan. Dengar macam best tapi senak der 20 credit hour kot. Aku antara yang
paling banyak credit hour dalam bilik aku, semua belas-belas. Hari2 roomate aku
dok tengok bila aku nak habiskan lab2 report tu, setiap hari lab report je la
aku ngadap, bosan der, bosan . Nak tak nak kena buat la, 3 lab report dalam
seminggu, jenuh tangan menulis, kitorang masih zaman batu, takde nye taip2 nie,
handwriting je weyh. Classmates yang
okey2, pandai, cantik, fesyen tak tinggal, ceria mungkin. Tapi yang aku tak
suka lelaki dalam kelas aku, mula2 aku ingatkan sorang je laki, okey la rasa,
last2 tambah lagi 3. Skema kot “mereka”.
Skema2 diorang tapi pandai, eh, tak semua sorang je, tapi hampeh kedekut
ilmu kau tahu. Benci! Aku tak suka orang macam tu. Kau ingat kau menjadi
dambaan budak2 kelas, kau hebat. Pigilah lu mamat. Dan bertambah aku benci, kena duduk sebelah
dia dalam laboratory, kau tahu rasa tak berilmunya aku bila duduk sebelah dia. Setiap
kali habis lab, semua sumpah seranah keluar dari mulut. Punya la kedekut ilmu
dia tak nak kongsi, aku punya salah dia tak tegur sampai experiment tu aku kena
buat balik. Kawan aku punya la nak pujuk “dia tak nak tegur takot kau malu kot,
tu yang dia biarkan, kalau dia tegur, kau mesti tak keruan kan sebab bengang”.
Dan disitulah bermulanya kerajinan aku nak baca manual, faham and hadam before
do the experiment. Thanks gak ar. Test demi test, quiz demi quiz aku lalui
dengan penuh sambil lewa, eh tak tak dengan separuh semangat, sebab aku takut,
tengok budak2 nie asyik study je, aku bukan kaki study weyhh, kaki C&P ye
lah, Copy and Paste. Dan dengan itu lah terbentuknya group dalam kelas aku,
geng2 gitulah, dan aku sangat benci dengan adanya group sebab macam2 hal2
nanti, yup aku adalah ahli semua group. Kahkahkah. Group mereka dipilih ada
yang berdasarkan kepandaian, kecantikan, giler camera n suka fashion. Euww,
perlu ke berkawan sebab tu. Nak berkwan kena lah ikhlas terima kawan kita tu
seadanya. Kan kan kan. Ah tak best ar
cerita pasal diorang. Yang penting jadi diri sendiri weyh, senang hidup tak
menyusahkan orang lain.

0 comments:
Post a Comment