RSS
Seniority, best ke jadi senior ek, oh, xpe sem depan aku pulak. First time senior ajak keluar, ah, best kot, sape tak bangga dapat keluar dengan senior, yahuu, orang dah ajak apa nak ditolak kan. Pakaian apa nak pakai yek, bila keluar dengan senior, tudung labuh2 memang aku tak de la, terlihat sepasang tudung akel milik ira berwarna pink purple, ya aku berkenan tudung tu, dengan muka tak tahu malu aku pun menghamburkan niat dihati, “ira, nak pinjam tudung boleh?”,aku tanya. Jawapan dia membuatkan aku macam nak terjun katil. Haha.
 Keluar dengan para senior, agak tidak membosankan sebab mereka nie cakap je nak jalan mana diorang bawak, budak baru nak naik la katakan jalan kat shah alam nie mana lah tau sangat. 3 buah mall kami jalan, wow, rambang mata, Cuma mood hari tu tak nak beli apa2, tapi yang paling best, senior la keluar duit makan, Pizza Hut tempat santapan kami. Tapi sebenarnya aku nak makan KFC. Haha. Tak bersyukur punya orang. Apa yang nak dijadikan cerita, lepas makan aku teringat sorang best friend aku nie ada buat show silat kat salah satu mall tu,then aku pun call la dia banyak kali kot, tak jawab. Then, my tone is ringing, haha. Makcik nie call, k deal, jalan menuju sahabat. Langkah demi langkah diatur menuju ke salah satu mall yang gah berdiri. “Weyh aku depan KFC taw”, mesej dibaca. Dari jauh, tubuh yang dilihat sangat dikenali, menuju, “Tika”, tak sah kalau tak jerit oi, dengan linangan air mata, syahdu kot. Bukan senang nak mengalirkan airmata depan makcik ni, aku sangat merindui kau sahabat, setiap kali jumpa mesti pecah takungan air mata aku ni. Mungkin bila jumpa makcik ni, terlerai segala masalah yang terkambus dalam benak fikiran.

Surau mall, “weyh, aku pakai tudung  baru”, statement aku tanpa dipinta sambil tersenyum indah. Ewah haha. “yeke?”,tika said. “eh, tak lah actually tudung pinjam”, balas aku. Pelik. Tak pernah aku jujur gila tanpa dipaksa. Then,tanpa dipinta,” best la pakai tudung nie, tak jarang, labuh, lembut, ko nak pakai tak?”, sambung aku. “Dia beli kat mana?”,tika balas. “ha, dia jual, tapi nie bidang 50, dia ada gak jual bidang 60 punya”, jawab aku. “Weyh, boleh la, ko rendang pakai 50, aku nak 60 la, aku nak 4 taw, satu berapa?”,Tanya makcik ni. “Weyh makcik, ini menghina namanya, ntah la, aku pun tak tahu, nanti aku tanya dia berapa, weyh cepat aku nak balik nie”, jawab aku. “Okey2, balik la, hati2, sory aku tak dapat hantar kau,hati2, bye”,tika mengakhiri pertemuan kami. Sedih nak tinggalkan makcik nie.  Disebabkan lama sangat aku dating dengan makcik ni, para senior  dah pun melawat ke mall yang lain, so tinggalkan aku sendirian. Yang paling best, time berpisah tu, aku lupa makcik ni stay kat mall tu, so, aku terpaksa jalan sorang2 balik ke mall pizza hut tadi. Oh, apa perasaan jalan kat tempat orang sorang2. Takut. Memang takut tapi nak buat macam mana takkan aku nak call senior suruh ambik kan.  Allah kan ada, nak takut apa, lub dab lub dap. Maka, disitulah kata sepakat kami, nak pakai tudung akel lepas nie. Aku dengan bidang 50 dan dia dengan bidang 60. Balik dari mall, ira says”nina, ambik la tudung tu, kita kasi”. Aku dengan rasa penuh terharu, nak terjun katil ni. Now, aku ada 6pasang. Sangat selesa la pakai tudung akel ni, tak jarang, tersangat lembut, dan senang dibentuk,  3 di antara tudung2 tu makcik ira nie la yang kasi. Thanks sahabat. Terharu. Sobsob. Tudung kangaroo tu lama kelamaan aku tinggalkan, tapi masih tak istiqamah nak tinggalkan, ada beberapa helai lagi still pakai. Hurm.

Bukan tugas yang mudah, bila diri ini dilantik menjadi seketeriat, yelah pikul tanggungjawab, amanah. Aku pelik, kenapa aku? Dalam beribu2 orang dalam kolej tu, aku terpilih? Dengan makcik ira sekali. Apa yang nak pelik pulak, mungkin disitu percaturan Allah nak kekalkan kita dalam tapisannya atau mungkin Allah nak suruh kita buat sesuatu untuk ISLAM. Sedih pun ada seawal menjadi seorang seki. Kenapa? Sebab takut tak dapat jalankan amanah yang diberi. Nanti kat akhirat Allah akan tanya apa yang kita dah buat kan. Tapi Allah dah caturkan segalanya, aku pikul amanah tu tanpa rungutan dan aku pasti ada hikmah disebaliknya. Mula menjalankan tugas menulis laporan, apa yang telah disampaikan di teratak coklat. Moh le kita refresh apa yang ingin Allah sampaikan pada kita. Tajuk best,

 KEISTIMEWAAN WANITA.
 -Surah An-Nisa asdalah surah pengkhususan untuk wanita.
-Sebelum zaman kegemilangan Islam,wanita dipandang rendah oleh para lelaki. Tetapi, selepas kedatangan Rasulullah S.A.W, wanita diangkat martabatnya. Banyak kisah yang telah kita dengarkan.
-Sehinggakan syurga seseorang dibawah telapak kaki ibunya. Betapa selepas zaman kegemilangan Islam, martabat wanita dingakat begitu tinggi sekali. Seperti kisah yang selalu kita dengar. Seorang sahabta bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “siapakah yang harus kita lebih utamakan?”, Rasulullah menjawab “ibumu”. Sahabat bertanya lagi, “selepas itu?”, Rasulullah menjawab “Ibumu”.  “Selepas itu”, sahabt bertanya lagi. Rasulullah menjawab”ibumu”.  Bertanya lagi “kemudian siapa?”, barulah baginda menjawab “ayahmu”. Boleh kita lihat di mana ibu diutamakan 3 kali lebih daripada ayah. Disini, martabat seorang wanita dipandang tinggi oleh Rasulullah sendiri. Sangat beruntunglah para wanita solehah sekalian, kerana Allah sentiasa pelihara mereka. Malahan para bidadari syurga juga cemburu dengan para wanita solehah. MasyaAllah. Semoga kita sentiasa berusaha menjadi wanita solehah.
-Wanita adalah pelengkap sesuatu, tanpa wanita hidup tidak akan sempurna.
-“Sebaik-baik perhiasan didunia adalah wanita solehah”.

-Bukan cantik rupa yang membawa kita ke syurga, tetapi cantik iman dan amal, syurgalah tempatnya.

Sentiasa perbaiki diri ya ukhti :)